shariffazhari™

its all truly about myself..my beloved familyz..my closed friendz..all the thing that crosing in my mind..and a few great stuff from my educationz..enjoy reading this n welcome all readerz..

 
WaKtU...
TaRiKh...
AlU-aLuAn...
LiSt PeLaWaT...
CoUnTeRsTrIkE...
ChAt De YM...
Al-MuBaRaK...
IkLaN...
CD pendinding diri untuk semua
HaLwA TeLiNgA...
PENERBANGAN RAMADHAN AIR,BERNOMBOR 1430 H
Sunday, August 23, 2009
Selamat menaiki penerbangan Ramadhan Air,bernombor 1430H..kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar..para penumpang diWAJIBkan untuk memasang niat puasa dan menegakkan kerusi solat..penerbangan ini bebas asap perselisihan..kapal terbang dijangka berlepas sebelum subuh dan akan tiba di destinasi ketika maghrib…KAMI selaku anak-anak kapal yang bertugas mengucapkan selamat menempuh madrasah tarbiyah ramadhan,mohon kemaafan atas segala kekhilafan selama ini…

Sedak la ayat ni sapo buak?hihi..

Tapi,sedak lagi buko poso kmarin,make 3 ore jah,ni gambar makanan buko poso mareng...hihi..ado roti jalo n gulai yg best,roti Hannan(p/s:hannan!kuah smlm masin r cket,hihi),samosa,gapo doh namo kueh bakar tu tok igt la,ayam goreng celup tepung,burger n last QISHTOH ngn QOTOIF(mkanan tradisi arab yg ada pada Bulan Ramadhan je)...air lak,air milo beng(kelate),peng(tganu),ais(oghe luor),hihi..salam...


posted by shariffazhari @ 12:19 AM   0 comments
Beberapa Pandangan Dr. Yusof al-Qardhawi tentang beberapa permasalahan berkait dengan ibadah di bulan Ramadhan
Saturday, August 22, 2009

Alhamdulillah, kita sudah sampai ke hari yang ke-2 di dalam bulan RamadhanAl-Mubarak. Moga Allah menerima puasa dan amalan kita di dalam bulan ini.Ana mitok maaf blako sebak lamo tok post n update blog ana ni,buke sebak gapo2,cumo ana ado masaloh sikik baghu2 ni.tapi alhamdulillah skang ok doh,cumo harap doa n sokongn sahabat2.(kalu ayat feel sedak kecek kelate,so lagi,ghama silap pehe tok tahu ana ni oghe kelate,hmm).

Di sini dikongsikan beberapa pandangan Dr. Yusof al-Qardhawi tentang beberapa permasalahan berkait dengan ibadah di bulan Ramadhan. Pandangan-pandangan ini saya ambil dari laman web beliau http://www.qaradawi.net/. Untuk menjimatkan masa saya menulis dan memudahkan pembaca memahami pandangan beliau, saya hanya mengambil pandangan beliau tanpa membawa sekali hujah-hujah dan khilaf ulama’ yang beliau nyatakan sekali di dalam laman web tersebut. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami perbincangan ulama’ berkenaan topik-topik tersebut sila rujuk di laman web beliau. Moga bermanfaat kepada semua.

Adakah boleh ditetapkan awal Ramadhan melalui kiraan falak?

Dr. Yusof al-Qardhawi menyetujui pandangan Imam Taqiyuddin al-Subki, salah seorang ulama’ mazhab Syafie yang mengatakan bahawa apabila kiraan falak menyatakan kemustahilan dilihat anak bulan dengan pandangan mata, maka persaksian sesiapa yang mendakwa melihat anak bulan akan ditolak.

Beliau mengatakan bahawa ini juga adalah pandangan Syeikh Al-Azhar Muhammad Mustafa al-Maraghi dan pandangan seorang ulama’ hadis, Syeikh Syakir. Selain itu beliau juga membawakan kata-kata Ibnu Sarij yang mentafsirkan hadis: “Jika tidak jelas bagi kamu (cuaca buruk yang menghalang dari melihat anak bulan), maka taqdirkanlah” sebagai ‘jika tidak jelas bagi kamu, maka lakukanlah kiraan turun naik bulan.”

Dr. Yusof al-Qardhawi menyatakan bahawa kiraan falak boleh dijadikan sekurang-kurangnya sebagai hujah untuk menafikan awal Ramadhan. Dengan itu jika ahli falak mengatakan bahawa pada hujung hari ke 29 bulan Sya’ban, anak bulan mustahil akan kelihatan, maka tidaklah perlu dikumpulkan orang ramai dan dikeluarkan kos untuk meneropong anak bulan. Sebaliknya umat Islam hendaklah terus menyempurnakan 30 hari Sya’ban.

Beliau menguatkan hujahnya dengan sabda Rasulullah s.a.w.: “Kami kaum buta huruf yang tidak pandai mengira dan membaca.” Beliau menafsirkan hadis tersebut sebagai keadaan dan sebab kenapa di zaman Rasulullah s.a.w., awal Ramadhan ditentukan dengan melihat anak bulan.

Adapun hadis: “Berpuasalah apabila melihat anak bulan dan berbukalah apabila melihat anak bulan. Jika tidak jelas bagi kamu, sempurnakanlah 30 hari Sya’ban.” Beliau mentafsirkan hadis ini berdasarkan kaedah fiqh bahawa hadis ini menyatakan matlamat yang tetap dan wasilah yang boleh berubah. Matlamat yang tetap adalah penentuan awal Ramadhan. Wasilah yang berubah adalah persaksian anak bulan dengan menggunakan mata. Jika ada cara yang lebih baik dari persaksian mata, maka wasilah itu diterima. Kiraan falak di zaman ini sudah tentunya lebih tepat dan lebih baik dari persaksian mata.

Apakah hikmah puasa diwajibkan berdasarkan pusingan bulan (tahun hijrah) dan bukannya pusingan matahari (tahun Masehi)?

Dr. Yusof al-Qardhawi menerangkan bahawa di antara hikmah puasa tersebut diwajibkan berdasarkan pusingan bulan:

· 1. Tahun Islam diasaskan di atas pusingan bulan. Begitu juga hukum hakam yang lain seperti haul zakat, ibadah haji, iddah seorang wanita yang diceraikan suami dan sebagainya.

· 2. Ia lebih tobi’ie dan lebih mudah untuk dikira berdasarkan kemunculan bulan dan saiznya pada waktu malam.

· 3. Ramadhan kadang-kadang akan berselisih dengan musim panas atau musim sejuk atau musim-musim yang lain. Dengan itu seorang muslim kadang-kadang akan berpuasa pada waktu sejuk dan kadang-kadang pada waktu panas terik. Kadang-kadang di waktu yang siangnya panjang dan kadang-kadang di waktu siang pendek. Ia lebih seimbang dan mengukuhkan ketaatan seorang muslim kepada Tuhan dalam setiap keadaan.

Adakah puasa tetap sah jika seseorang melakukan maksiat ketika dia sedang berpuasa?

Dr. Yusof al-Qardhawi menolak pandangan Ibnu Hazm yang mengatakan bahawa maksiat akan membatalkan puasa seseorang seperti makan dan minum. Walau pun begitu beliau mengatakan bahawa maksiat yang dilakukan oleh seseorang yang berpuasa akan menghilangkan hasil yang diharapkan dari puasa tersebut.

Dengan itu yang terbaik adalah seseorang itu sentiasa berusaha untuk mencontohi puasa salafussoleh yang menjaga diri bukan sahaja dari makan dan minum tetapi sebaliknya dari perkara-perkara haram dan melalaikan.

Adakah wujud sebenarnya ‘waktu imsak’?

Dr. Yusof al-Qardhawi menyokong pandangan al-Hafiz Ibnu Hajar yang berkata: “Di antara bid’ah mungkar adalah apa yang dilakukan pada hari ini; iaitu dilaungkan azan sepertiga jam sebelum azan Subuh di dalam bulan Ramadhan dan dipadamkan api sebagai tanda haramnya makan dan minum bagi orang yang akan berpuasa. Mereka menyangka bahawa itu lebih berhati-hati di dalam ibadah. Tiada yang mengamalkan itu kecuali manusia-manusia awam (ulama’ tidak mengamalkannya). Cara berfikir sebegini juga telah menyebabkan mereka tidak azan kecuali setelah beberapa ketika selepas tenggelam matahari. Mereka melambatkan berbuka dan mengawalkan sahur. Dengan itu mereka melakukan amalan yang bercanggah dengan sunnah (melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka).”

Dr. Yusof al-Qardhawi menegaskan bahawa ‘waktu imsak’ tersebut adalah suatu yang tidak perlu kerana ulama’ silam makan dan minum sehingga azan Subuh berkumandang.

Manakah yang lebih afdhal bagi seseorang yang musafir; berpuasa atau tidak berpuasa?

Dr. Yusof al-Qardhawi berpendapat bahawa seorang bermusafir boleh berbuka puasa walau pun perjalanan yang ditempuhi itu tidak memberikan apa-apa masyaqqah(keberatan dan beban) kepadanya. Ini kerana illah (sebab) diharuskan berbuka adalah perjalanan itu sendiri dan bukannya masyaqqah (keberatan dan beban).

Walau pun begitu yang manakah yang lebih afdhal?

Dr. Yusof al-Qardhawi merumuskan bahawa kaedah syara’ menyatakan bahawa mengambil rukhsah (keringanan) lebih afdhal dari tidak mengambilnya. Dengan itu seseorang yang bermusafir itu perlu untuk mengukur di manakah rukhsah(keringanan) bagi dirinya.

· Jika beliau merasakan bahawa lebih ringan baginya untuk berpuasa bersama-sama orang Islam lain di dalam bulan Ramadhan lalu dia tidak perlu menggantikannya di luar bulan Ramadhan, maka afdhal baginya untuk berpuasa.

· Jika beliau merasakan bahawa berbuka dan kemudian menggantikan puasa tersebut di luar Ramadhan lebih ringan, maka berbuka puasa lebihafdhal baginya.

Bilakah waktu berbuka bagi seseorang di dalam pesawat?

Dr. Yusof al-Qardhawi menegaskan bahawa waktu berbuka puasa bagi seseorang yang berada di dalam pesawat tidak sama dengan waktu berbuka puasa bagi mereka yang berada di atas daratan. Kesilapan sering dilakukan oleh peramugari dan juruterbang yang mengisytiharkan masuknya waktu Maghrib berdasarkan waktu di daratan.

Beliau mengatakan bahawa sebagaimana waktu Maghrib berbeza dari satu tempat berbanding tempat yang lain disebabkan oleh perbezaan kedudukan tempat tersebut (garis lintang dsb) di atas muka bumi, begitu juga waktu Maghrib berbeza berdasarkan ketinggian. Kemungkinan waktu Maghrib sudah masuk bagi penduduk satu-satu bandar , tetapi bagi penduduk yang tinggal di tempat tinggi di bandar yang sama masih lagi dapat melihat cahaya matahari dengan jelas.

Inilah juga fatwa Ibnu Abidin, salah seorang ulama’ mazhab Hanafi: “Sesiapa yang tinggal di kawasan yang tinggi seperti menara Iskandariah, beliau tidak boleh berbuka selagi tidak tenggelam matahari di tempatnya, manakala bagi penduduk negeri tersebut boleh berbuka jika matahari telah tenggelam di tempat mereka. Begitulah juga halnya dengan terbit matahari bagi sahur dan solat Subuh.”

Bilakah malam Lailatul Qadr?

Dr. Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa tidak ada pendapat yang pasti di dalam menentukan bilakah malam lailatul qadr. Al-Hafiz Ibnu Hajar mengatakan bahawa terdapat 46 pendapat ulama’ di dalam masalah ini.

Apa yang pasti ia adalah pada 10 malam yang terakhir dari bulan Ramadhan. Pendapat yang kuat adalah ia pada salah satu dari malam-malam ganjil dan kemungkinan tidak sama di antara satu tahun ke satu tahun berikutnya.

Jika Ramadhan tahun itu 30 hari, maknanya 10 malam terakhir itu bermula dari malam ke 21. Jika Ramadhan tahun itu 29 hari, maknanya 10 malam terakhir itu bermula dari malam ke 20.

Bolehkah zakat fitrah dikeluarkan di awal bulan Ramadhan (bukan sebelum solat Aidil Fitri seperti yang diamalkan oleh sebahagian umat Islam)?

Dr. Yusof al-Qardhawi mentarjihkan pandangan Imam Syafie di dalam masalah ini. Imam Syafie berkata: “Harus dikeluarkan zakat bermula dari awal bulan Ramadhan kerana illah (sebab) kewajipan zakat adalah puasa dan berbuka.”

Dr. Yusof al-Qardhawi juga menambah bahawa masyarakat pada hari ini jauh lebih luas dan lebih rumit dari masyarakat di zaman Rasulullah s.aw. Ditambah pula jika zakat itu dikutip dan diagihkan oleh badan kerajaan atau mana-mana badan swasta, sudah tentulah ia memerlukan masa untuk menguruskan pengagihannya agar ia betul-betul dapat memenuhi keperluan si penerima zakat di hari Raya nanti.

Bolehkah wang menggantikan beras atau gandum di dalam zakat fitrah?

Imam Ahmad, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah tidak membenarkan beras atau gandum tersebut diganti dengan wang tunai. Dr. Yusof al-Qardhawi mentarjihkan pandangan Ibnu al-Munzir yang mengharuskannya.

Di antara hujah yang diberikan oleh Dr. Yusof al-Qardhawi:

· Rasulullah s.a.w. mewajibkan zakat fitrah dikeluarkan dalam bentuk tanaman kerana itu adalah yang termudah pada masa itu kerana wang pada zaman itu tidak banyak dimiliki oleh orang ramai.

· Wang akan berubah nilainya dari masa ke semasa sedangkan sukatan makanan lebih mudah untuk diukur.

Dengan itu Dr. Yusof al-Qardhawi merumuskan bahawa bentuk pengeluaran zakat yang paling afdhal bergantung kepada yang manakah yang mudah dan lebih memenuhi keperluan penerima zakat. Apa yang jelas adalah wang lebih memenuhi keperluan penerima zakat kerana kerana wang bukan sahaja dapat memenuhi keperluannya kepada makanan sahaja sebaliknya boleh digunakan untuk membeli pakaian, keperluan Ramadhan dan keperluan hari raya.

Sumber Asal: Sahabat Maya,ayat pada perenggan ke-2 pom drpd penulis ini.

posted by shariffazhari @ 11:55 PM   0 comments
About Me

Name: shariffazhari
Home: MU'TAH, KARAK, Jordan
About Me: siapakah kawe>..kawe hamba Allah...sudah semestinya... asal> kelate...adik-beradik>13 kawe yg ke-12.. tempat blaja>.Pasti Kg Pkl Chuit(1991-1992), Sek Keb Pangkal Jenereh SKPJ(1993-1998), SMU(A)Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong(1999-2004), Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA T'ganu(2005-2008), Universiti Mu'tah, Jordan(2009-skang la)..
See my complete profile
Previous Post
Archives
eDuCaTiOn LiNkS...
AlTeRnAtIf MeDiA...
RaDiO tErPiLiH...
AkHbAr SeKaDaR aKhBaR...
TeRkInI Dr BuMi PaLeStIn...

TeRkInI Dr HArAkAhDaiLy...

TeRkInI Dr BeRiTa HaRiAn OnLiNe...

TeRkInI Dr MyMeTrO...

TeRkInI Dr UtUsAn OnLiNe...

Template by

Free Blogger Templates

BLOGGER