shariffazhari™

its all truly about myself..my beloved familyz..my closed friendz..all the thing that crosing in my mind..and a few great stuff from my educationz..enjoy reading this n welcome all readerz..

 
WaKtU...
TaRiKh...
AlU-aLuAn...
LiSt PeLaWaT...
CoUnTeRsTrIkE...
ChAt De YM...
Al-MuBaRaK...
IkLaN...
CD pendinding diri untuk semua
HaLwA TeLiNgA...
RAHSIA - RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM
Monday, May 25, 2009
SALAM PERJUANGAN...skang kn musim pekse dok...ana ada dptkn cket rahsia-rahsia pemakanan genius dr group yahoo...ada antaranya kita dh maklum...tp silakan rajin2 mata nk baca sekadar update pengetahuan...

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka...Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab... Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri... Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum...

Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini... Ini didorong olehpenemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur... Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai " shifa '" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan
 mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda:
 "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan
untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. S
angat merbahaya!
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan
jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkantenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Iaberkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing,
biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca
oleh Rasullullah s.a.w.

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s..a.w:
"Sesungguhnya seorang Nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan
fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk
diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat
meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS )
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH ( kemenyan serani/luban/ kundar )
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula..
17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w.,
"Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika
kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI )
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori.

"Cukuplah Allah untuk (menolong kami), dan Dialah sebaik-baik pengurus
(dan terserah kepadanya segala urusan kami)". (Surah Ali-Imran:173)
posted by shariffazhari @ 2:16 AM   1 comments
SPECIALLY 4 ALL KUSZA MEMBERS...
Monday, May 18, 2009
i miss u all...
posted by shariffazhari @ 5:38 AM   0 comments
Sultan Muhammad Al-Fatih: Pemimpin Agung
Saturday, May 16, 2009




Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang dan nasyid kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fatih. Gema kemenangan mengisi ruang angkasa Costantinople seolah-olah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. 

Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka pagi itu terus luntur. Apakah tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki dan sejauh 160 kaki itu berjaya diruntuhkan oleh tentera Muhammad al-Fatih?.

Rupa-rupanya tentera Sultan Muhammad al-Fatih telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat!. Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Othmaniyah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosporus ke Tanjung Emas melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan!

Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fatih ini?. Beliau yang dimaksudkan ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiyah Othmaniyah, Beliaulah pembuka kota Constantinople yang ketika itu baru usia menjangkau 26 tahun. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka.. Sebaik-baik pemimpin adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”

Sultan Muhammad al-Fatih ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur dicatatkan dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, cukup gah sehingga dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah sepuluh tahun meninggal dunia.

Beliaulah pemerintah Islam yang pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat iaitu ‘Grand Seigneur’ yang bermaksud pemimpin agung.

Sultan Muhammad al-Fatih dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah di bawah penjagaan ayahnya Sultan Murad II. Bapanya juga merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan adalah seorang puteri raja berketurunan Nasrani. Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fatih telah diangkat menjadi pemimpin kerajaan Othmaniyah pada bulan Februari 1451 pada usia beliau 22 tahun.

Dalam membentuk keperibadian anaknya menjadi seorang pemimpin yang cemerlang, ayahnya mengutamakan keseimbangan elemen fizikal, mental dan roh, ini kerana kekuatan Sultan Muhammad al-Fatih dilihat banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Ketika usianya kecil lagi beliau sudah diajar menunggang kuda, memanah dan menggunakan pedang. Elemen rohani turut mendapat perhatian dan dorongan penuh dari ayahnya.

Beliau telah di tarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani yang terkenal dengan gelaran Abu Hanifah di zamannya dan Muhammad bin Hamzah al-Dimasyqi al-Rumi. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fatih ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, feqah, linguistik (bahasa Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain seperti matematik, falak, sejarah, ilmu peperangan dan sebagainya. 

Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah jika peribadi-peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fatih ini lahir menempa nama besar di persada sejarah dunia. Sultan Muhammad al-Fatih banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Costantinople, dan sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Beliau juga banyak mengkaji sejarah Islam tentang usaha-usaha yang pernah dibuat ke arah itu, ini kerana usaha pertama pernah disusun pada tahun 44 Hijrah, iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a., walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi yang menyertainya, syahid di medan perjuangan.

Pernah diriwayatkan bahawa setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fatih menawan Constantinople beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kubur Abu Ayyub al-Ansari untuk disempurnakan kemuliaannya sebagai seorang sahabat nabi. Berdasarkan sejarah beliaulah satu-satunya sahabat nabi yang syahid di benua Eropah. Setelah bertemu Sultan Muhammad al-Fatih meminta kuburnya digali dan jasadnya dipindahkan ke tempat yang lebih mulia. Apabila digali bahagian kakinya ditemui dahulu. Kemudian Sultan Muhammad al-Fatih memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari. Sehinggalah akhir sekali giliran beliau.

Peristiwa yang menakjubkan berlaku iaitu kaki yang mahu dicium itu tiba-tiba sahaja termasuk semula ke dalam tanah. Kejadian itu berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fatih bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Menjelaskan tujuan sebaliknya kejadian itu berlaku disebabkan penghormatan Abu Ayyub al-Ansari kepada Sultan Muhammad al-Fatih yang telah berjaya menawan Kota Constantinople.

Beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman dari sejarah peperangan Rasulullah s.a.w. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Sultan Muhammad al-Fatih mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran dan semangat tidak putus asa daripada ayahnya. Beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan.

Watak beliau di awal remajanya agak berbeza dengan remaja-remaja lain yang seusia dengannya. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz telah menulis dalam sebuah buku yang bertajuk ‘Sultan Muhammad al-Fatih’ menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fatih sebenarnya memiliki keyakinan diri yang kuat, pandangan yang jauh serta kepintaran yang tinggi, malah Sultan Muhammad al-Fatih mampu untuk menghadapi tekanan, keperitan dan bebanan yang dihadapinya.

Beliau seorang pemuda yang warak. Jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di Masjid disebabkan keinginannya sentiasa ingin hampir dengan Allah S.W.T Beliau digambarkan sebagai pemimpin yang mengutamakan urusan kenegaraan dan masyarakat mengatasi kepentingan pada diri.

Beliau sering mendampingi ulama-ulama dan negarawan. Kedudukannya sebagai sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Tidak hairanlah cara beliau mentadbir dan sistem pemerintahannya menjadi rujukan dunia sehingga ke hari ini. Kehidupan beliau juga digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi kepada pembaziran. Hidangan dan cara berpakaiannya juga tidak terikat dengan peraturan-peraturan Istana.

Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, “Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”

Selain daripada kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah Sultan Muhammad al-Fatih juga berjasa dalam aspek pembangunan antaranya pembinaan Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque dan Masjid Eyyub. Di samping itu beliau berjaya memulihkan keamanan dan ketenteraman di kalangan golongan Janisari.

 

posted by shariffazhari @ 3:39 AM   0 comments
Tiga golongan yang tidak diendahkan Allah
Thursday, May 14, 2009
Syeikh Wahbah Az-Zuhaili


ALLAH tidak mengendahkan tiga golongan ini. Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya:

"Rasulullah SAW bersabda:" Ada tiga golongan di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka, tidak membersihkan mereka daripada dosa,"- kata Muawiyah, "juga tidak akan memandang mereka (mengendahkan mereka), bahkan mereka akan mendapat siksa yang pedih iaitu:

1) Orang tua penzina

2) Raja (penguasa) yang pembohong

3) si miskin yang sombong." (Muslim)

Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas. Mereka tidak tahu mensyukuri nikmat pemberian Allah dan ada pula yang tidak sabar dengan ujian yang ditimpakan oleh Allah SWT.

Nikmat kepanjangan usia contohnya, membuatkan manusia hidup bersenang-lenang melakukan berbagai maksiat tanpa berusaha menambahkan amal kebaikan selama tempoh hayatnya yang panjang itu. Bahkan tanpa segan silu masih bergelumang dengan dosa perzinaan.

Begitu juga dengan pemimpin yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjalankan pemerintahan, tetapi dia mensia-siakan kepercayaan itu dengan melakukan berbagai penipuan dan pembohongan yang mengecewakan harapan rakyat.

Termasuklah di sini, orang-orang miskin yang sombong yang juga dibenci oleh Allah di mana kemiskinan itu telah membuatkan dia lupa dengan akhirat, lupa dengan Allah, lupa dengan tujuan hidupnya dan lupa untuk beramal dan selalu disibukkan oleh usahanya mencari makan dan minum untuk menyambung hayatnya.

Bahkan kerana miskin juga ada yang berlagak sombong dan menyisihkan diri daripada orang ramai tanpa mahu bergaul. Kerana kemiskinan juga banyak orang miskin yang terjerumus dalam kekafiran, dan ia rela menjual agamanya kerana tuntutan hidupnya sementara ia dijanjikan hidup yang baik dalam agama lain. Tiga golongan ini tidak akan dipedulikan oleh Allah dan bakal menerima azab di hari akhirat kelak.

/span>
posted by shariffazhari @ 12:04 PM   0 comments
JOM INGAT JASA IBU/MAK/MA/UMI/MOM/MAMA MASING2..
Sunday, May 10, 2009
surat seorang ibu..

SELAMAT HARI IBU...!!!!! 10 MEI..


posted by shariffazhari @ 8:45 AM   0 comments
ILMIAH....PERSOALAN HADIS MUSALSAL..
Thursday, May 7, 2009
assalamualikum..w.b.t

hmm...dok pk2 nk tulis ape kt blog...
byk gok benda nk tulis...
nk tulis isu semasa pom ader...
nk tulis pasal personal pom ader...tp xbest r tulis pasal personal...
last2 pk, baek kawe tulis pasal ilmiah...tp lak nk tulis sendiri ni byk kena rujuk...byk kena baca...hmm..awal2 ni amikdrpd penulisan sahabt laen dulu la...baek utk pengetahuan kawe n sume sahabat kan...

utk pertama kali..ana amik tajuk pasal persoalan hadis musalsal..dulu pernah dgr ustaz2 bincang pasal hadis musalsal...nmpak hangat...ade byk jenis hadis musalsal...tp utk kali ni ana jmpa psl hadis musalsal berjabat tgn...syukran kpd shbt yg menulis...moga Allah berikan beliau Ilmu yg lebih dan tetap dlm perjuangan menegakkan kalimah ALLAH...amin..


Hadis Musalsal Berjabat Tangan

Soalan:
Assalamualaikum kepada panel al-ahkam,

“Benar, dia ada komen tentang Hadis berjabat tangan (musalsal bil musofahah), tetapi hadis itu ada dua jenis. Ada hadis musalsal bil musofahah anasiyah dan ada hadis musalsal bil musofahah mu’ammariyah.

Adapun musalsal bil musofahah (berjabat tangan) anasiyah, maka hadisnya sahih. Tiada lagi persoalan tentangnya kerana diriwayatkan daripada orang-orang yang dipercayai”

quotation diatas daripada Ustaz Mukhlis

soalannya
1) bolehkan dengan jasa baik pihak Tuan untuk memberikan komen para ulama hadis yang muktabar berkenaan kedua2 hadis diatas?

2) bolehkah beramal dan menyebarkar hadis ini?

Jawapan:


بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Yang dimaksudkan oleh muhadditheen dengan hadis musalsal bil musofahah al-Anasiyyah iaitu hadis yg diriwayatkan secara musalsal, iaitu setiap perawi bersalaman dengan gurunya sehingga kepada Anas bin Malik, dan Anas berkata:

ما مسست حريرا ولا ديباجا ألين من كف النبي صلى الله عليه وسلم ولا شممت ريحا قط أو عرفا قط أطيب من ريح أو عرف النبي صلى الله عليه وسلم

maksudnya: Aku tidak pernah menyentuh sutera dan pakaian sutera yg lebih lembut daripada tapak tangan Nabi saw. dan aku tidak pernah mencium bau yg lebih harum daripada bau Nabi SAW.

-Matan hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam Sahihnya 3368, tetapi tiada musalsal.
-Manakala musalsal secara bersalaman dalam hadis ini pula, banyak jalan dan riwayat yg berbeza2. tetapi kebanyakannya adalah lemah sebagaimana dinukilkan oleh al-Ayyubi dalam kitabnya: Al-Manahil Al-Silsilah (42).

Tetapi, musalsal bil musofahah dalam hadis ini pula, TIADA MENYEBUT TENTANG MASUK SYURGA. Cuma, perawi2 bersalaman antara murid dan guru sehingga akhir sanad. Itu sahaja.

Manakala Musalsal bil Musafahah al-Muammariyyah pula, selain daripada PALSU, terdapat kejanggalan dan keganjilan pada matannya, iaitu berkaitan dengan MASUK SYURGA.

2) bolehkah beramal dan menyebarkar hadis ini?

Hadis yg disebutkan diatas (hadis Anas) diriwayatkan oleh Bukhari, maka ia SAHIH. Maka setiap muslim digalakkan menyebarkan apa2 jua yg sahih daripada Nabi SAW. Cuma, riwayat secara musalsal, ia tidak memberi apa2 kesan jika anda mahu mengambilnya secara musalsal. Faedahnya: cuma mahu mentatbiqkan (praktik) salah satu jenis dalam ulum al-hadeeth.

wallahu a’lam.

rujuk:
al-Mabahith fil Hadith al-Musalsal 4/21

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam

posted by shariffazhari @ 1:15 PM   0 comments
AYAH ANA DAH KLUAR WAD...
Wednesday, May 6, 2009


Syukur tak terhingga ku limpahkan kehadrat Ilahi yang melimpahkan kurnia dan dengan kehendak-Nya ayah ana Md Azhari Bin Abdul Rahman melepasi saat genting operation jantungnya...

Terima kasih kepada semua yang mendoakan ayah ana dan terima kasih juga kepada pakar2 bedah jantung kat Institut Jantung Negara IJN kerana menjalankan tugas dengan jayanya untuk operation ayah ana..

Sekarang ayah ana dah boleh cakap ngn baik jalan p tandas boleh buat sendiri doh..hmm..
Syukran ala kullin...
posted by shariffazhari @ 10:56 AM   0 comments
Kata Kata Hukamak

Kata Kata Hukamak

Antara perangkap syaitan ialah:
Derhaka dengan nikmat Allah
Angkuh dengan pemberian Allah
Sombong kepada hamba hamba Allah

Dalam pertarungan politik
Kemenangan bukan bererti benar
Kekalahan bukan bererti salah.

Jagalah lidah mu sebelum ia melukakan hati orang
Jagalah tingkah laku mu sebelum ia membinasakan diri sendiri.

Janganlah mendongak ke langit kerana angkuh
Atau tunduk ke bumi kerana putus asa.
Berhati hati lah semasa berbicara,
kerana lidah itu juga bolih tergigit pada bila bila masa.

Apabila engkau bersabar akan timbul kekuatan dalam diri mu dan memperolihi pahala
Tetapi jika engkau berkeluh kesah
Ia akan menimbulkan kelemahan.


Ilmu itu kekuasaan pertama
Benda itu kekuasaan kedua
Ada emas semua kemas
Ada wang semua sayang
Ada padi semua menjadi

Jangan lah hendaknya kecintaan mu terhadap sesuatu membuat kamu menjadi lupa
Dan kebencian mu terhadap sesuatu itu membuatkan kamu hancur.

Jika kamu berada dalam majlis jamuan hendaklah menjaga perangai
di rumah orang menjaga mata
dalam solat menjaga hati
dan dalam pergaulan menjaga lidah.
posted by shariffazhari @ 10:52 AM   0 comments
About Me

Name: shariffazhari
Home: MU'TAH, KARAK, Jordan
About Me: siapakah kawe>..kawe hamba Allah...sudah semestinya... asal> kelate...adik-beradik>13 kawe yg ke-12.. tempat blaja>.Pasti Kg Pkl Chuit(1991-1992), Sek Keb Pangkal Jenereh SKPJ(1993-1998), SMU(A)Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong(1999-2004), Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA T'ganu(2005-2008), Universiti Mu'tah, Jordan(2009-skang la)..
See my complete profile
Previous Post
Archives
eDuCaTiOn LiNkS...
AlTeRnAtIf MeDiA...
RaDiO tErPiLiH...
AkHbAr SeKaDaR aKhBaR...
TeRkInI Dr BuMi PaLeStIn...

TeRkInI Dr HArAkAhDaiLy...

TeRkInI Dr BeRiTa HaRiAn OnLiNe...

TeRkInI Dr MyMeTrO...

TeRkInI Dr UtUsAn OnLiNe...

Template by

Free Blogger Templates

BLOGGER