its all truly about myself..my beloved familyz..my closed friendz..all the thing that crosing in my mind..and a few great stuff from my educationz..enjoy reading this n welcome all readerz..
WaKtU...
TaRiKh...
AlU-aLuAn...
LiSt PeLaWaT...
CoUnTeRsTrIkE...
ChAt De YM...
Al-MuBaRaK...
IkLaN...
HaLwA TeLiNgA...
PENERBANGAN RAMADHAN AIR,BERNOMBOR 1430 H
Sunday, August 23, 2009
Selamat menaiki penerbangan Ramadhan Air,bernombor 1430H..kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar..para penumpang diWAJIBkan untuk memasang niat puasa dan menegakkan kerusi solat..penerbangan ini bebas asap perselisihan..kapal terbang dijangka berlepas sebelum subuh dan akan tiba di destinasi ketika maghrib…KAMI selaku anak-anak kapal yang bertugas mengucapkan selamat menempuh madrasah tarbiyah ramadhan,mohon kemaafan atas segala kekhilafan selama ini…
Sedak la ayat ni sapo buak?hihi..
Tapi,sedak lagi buko poso kmarin,make 3 ore jah,ni gambar makanan buko poso mareng...hihi..ado roti jalo n gulai yg best,roti Hannan(p/s:hannan!kuah smlm masin r cket,hihi),samosa,gapo doh namo kueh bakar tu tok igt la,ayam goreng celup tepung,burger n last QISHTOH ngn QOTOIF(mkanan tradisi arab yg ada pada Bulan Ramadhan je)...air lak,air milo beng(kelate),peng(tganu),ais(oghe luor),hihi..salam...
Beberapa Pandangan Dr. Yusof al-Qardhawi tentang beberapa permasalahan berkait dengan ibadah di bulan Ramadhan
Saturday, August 22, 2009
Alhamdulillah, kita sudah sampai ke hari yang ke-2 di dalam bulan RamadhanAl-Mubarak. Moga Allah menerima puasa dan amalan kita di dalam bulan ini.Ana mitok maaf blako sebak lamo tok post n update blog ana ni,buke sebak gapo2,cumo ana ado masaloh sikik baghu2 ni.tapi alhamdulillah skang ok doh,cumo harap doa n sokongn sahabat2.(kalu ayat feel sedak kecek kelate,so lagi,ghama silap pehe tok tahu ana ni oghe kelate,hmm).
Di sini dikongsikan beberapa pandangan Dr. Yusof al-Qardhawi tentang beberapa permasalahan berkait dengan ibadah di bulan Ramadhan. Pandangan-pandangan ini saya ambil dari laman web beliauhttp://www.qaradawi.net/. Untuk menjimatkan masa saya menulis dan memudahkan pembaca memahami pandangan beliau, saya hanya mengambil pandangan beliau tanpa membawa sekali hujah-hujah dan khilaf ulama’ yang beliau nyatakan sekali di dalam laman web tersebut. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami perbincangan ulama’ berkenaan topik-topik tersebut sila rujuk di laman web beliau. Moga bermanfaat kepada semua.
Adakah boleh ditetapkan awal Ramadhan melalui kiraan falak?
Dr. Yusof al-Qardhawi menyetujui pandangan Imam Taqiyuddin al-Subki, salah seorang ulama’ mazhab Syafie yang mengatakan bahawa apabila kiraan falak menyatakan kemustahilan dilihat anak bulan dengan pandangan mata, maka persaksian sesiapa yang mendakwa melihat anak bulan akan ditolak.
Beliau mengatakan bahawa ini juga adalah pandangan Syeikh Al-Azhar Muhammad Mustafa al-Maraghi dan pandangan seorang ulama’ hadis, Syeikh Syakir. Selain itu beliau juga membawakan kata-kata Ibnu Sarij yang mentafsirkan hadis:“Jika tidak jelas bagi kamu (cuaca buruk yang menghalang dari melihat anak bulan), maka taqdirkanlah”sebagai‘jika tidak jelas bagi kamu, maka lakukanlah kiraan turun naik bulan.”
Dr. Yusof al-Qardhawi menyatakan bahawa kiraan falak boleh dijadikan sekurang-kurangnya sebagai hujah untuk menafikan awal Ramadhan. Dengan itu jika ahli falak mengatakan bahawa pada hujung hari ke 29 bulan Sya’ban, anak bulan mustahil akan kelihatan, maka tidaklah perlu dikumpulkan orang ramai dan dikeluarkan kos untuk meneropong anak bulan. Sebaliknya umat Islam hendaklah terus menyempurnakan 30 hari Sya’ban.
Beliau menguatkan hujahnya dengan sabda Rasulullah s.a.w.:“Kami kaum buta huruf yang tidak pandai mengira dan membaca.”Beliau menafsirkan hadis tersebut sebagai keadaan dan sebab kenapa di zaman Rasulullah s.a.w., awal Ramadhan ditentukan dengan melihat anak bulan.
Adapun hadis:“Berpuasalah apabila melihat anak bulan dan berbukalah apabila melihat anak bulan. Jika tidak jelas bagi kamu, sempurnakanlah 30 hari Sya’ban.”Beliau mentafsirkan hadis ini berdasarkan kaedah fiqh bahawa hadis ini menyatakan matlamat yang tetap dan wasilah yang boleh berubah. Matlamat yang tetap adalah penentuan awal Ramadhan. Wasilah yang berubah adalah persaksian anak bulan dengan menggunakan mata. Jika ada cara yang lebih baik dari persaksian mata, maka wasilah itu diterima. Kiraan falak di zaman ini sudah tentunya lebih tepat dan lebih baik dari persaksian mata.
Apakah hikmah puasa diwajibkan berdasarkan pusingan bulan (tahun hijrah) dan bukannya pusingan matahari (tahun Masehi)?
Dr. Yusof al-Qardhawi menerangkan bahawa di antara hikmah puasa tersebut diwajibkan berdasarkan pusingan bulan:
·1. Tahun Islam diasaskan di atas pusingan bulan. Begitu juga hukum hakam yang lain sepertihaulzakat, ibadah haji,iddahseorang wanita yang diceraikan suami dan sebagainya.
·2. Ia lebih tobi’ie dan lebih mudah untuk dikira berdasarkan kemunculan bulan dan saiznya pada waktu malam.
·3. Ramadhan kadang-kadang akan berselisih dengan musim panas atau musim sejuk atau musim-musim yang lain. Dengan itu seorang muslim kadang-kadang akan berpuasa pada waktu sejuk dan kadang-kadang pada waktu panas terik. Kadang-kadang di waktu yang siangnya panjang dan kadang-kadang di waktu siang pendek. Ia lebih seimbang dan mengukuhkan ketaatan seorang muslim kepada Tuhan dalam setiap keadaan.
Adakah puasa tetap sah jika seseorang melakukan maksiat ketika dia sedang berpuasa?
Dr. Yusof al-Qardhawi menolak pandangan Ibnu Hazm yang mengatakan bahawa maksiat akan membatalkan puasa seseorang seperti makan dan minum. Walau pun begitu beliau mengatakan bahawa maksiat yang dilakukan oleh seseorang yang berpuasa akan menghilangkan hasil yang diharapkan dari puasa tersebut.
Dengan itu yang terbaik adalah seseorang itu sentiasa berusaha untuk mencontohi puasa salafussoleh yang menjaga diri bukan sahaja dari makan dan minum tetapi sebaliknya dari perkara-perkara haram dan melalaikan.
Adakah wujud sebenarnya ‘waktu imsak’?
Dr. Yusof al-Qardhawi menyokong pandangan al-Hafiz Ibnu Hajar yang berkata:“Di antara bid’ah mungkar adalah apa yang dilakukan pada hari ini; iaitu dilaungkan azan sepertiga jam sebelum azan Subuh di dalam bulan Ramadhan dan dipadamkan api sebagai tanda haramnya makan dan minum bagi orang yang akan berpuasa. Mereka menyangka bahawa itu lebih berhati-hati di dalam ibadah. Tiada yang mengamalkan itu kecuali manusia-manusia awam (ulama’ tidak mengamalkannya). Cara berfikir sebegini juga telah menyebabkan mereka tidak azan kecuali setelah beberapa ketika selepas tenggelam matahari. Mereka melambatkan berbuka dan mengawalkan sahur. Dengan itu mereka melakukan amalan yang bercanggah dengan sunnah (melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka).”
Dr. Yusof al-Qardhawi menegaskan bahawa ‘waktu imsak’ tersebut adalah suatu yang tidak perlu kerana ulama’ silam makan dan minum sehingga azan Subuh berkumandang.
Manakah yang lebih afdhal bagi seseorang yang musafir; berpuasa atau tidak berpuasa?
Dr. Yusof al-Qardhawi berpendapat bahawa seorang bermusafir boleh berbuka puasa walau pun perjalanan yang ditempuhi itu tidak memberikan apa-apamasyaqqah(keberatan dan beban) kepadanya. Ini keranaillah(sebab) diharuskan berbuka adalah perjalanan itu sendiri dan bukannyamasyaqqah(keberatan dan beban).
Walau pun begitu yang manakah yang lebihafdhal?
Dr. Yusof al-Qardhawi merumuskan bahawa kaedah syara’ menyatakan bahawa mengambilrukhsah(keringanan) lebihafdhaldari tidak mengambilnya. Dengan itu seseorang yang bermusafir itu perlu untuk mengukur di manakahrukhsah(keringanan) bagi dirinya.
·Jika beliau merasakan bahawa lebih ringan baginya untuk berpuasa bersama-sama orang Islam lain di dalam bulan Ramadhan lalu dia tidak perlu menggantikannya di luar bulan Ramadhan, makaafdhalbaginya untuk berpuasa.
·Jika beliau merasakan bahawa berbuka dan kemudian menggantikan puasa tersebut di luar Ramadhan lebih ringan, maka berbuka puasa lebihafdhalbaginya.
Bilakah waktu berbuka bagi seseorang di dalam pesawat?
Dr. Yusof al-Qardhawi menegaskan bahawa waktu berbuka puasa bagi seseorang yang berada di dalam pesawat tidak sama dengan waktu berbuka puasa bagi mereka yang berada di atas daratan. Kesilapan sering dilakukan oleh peramugari dan juruterbang yang mengisytiharkan masuknya waktu Maghrib berdasarkan waktu di daratan.
Beliau mengatakan bahawa sebagaimana waktu Maghrib berbeza dari satu tempat berbanding tempat yang lain disebabkan oleh perbezaan kedudukan tempat tersebut (garis lintang dsb) di atas muka bumi, begitu juga waktu Maghrib berbeza berdasarkan ketinggian. Kemungkinan waktu Maghrib sudah masuk bagi penduduk satu-satu bandar , tetapi bagi penduduk yang tinggal di tempat tinggi di bandar yang sama masih lagi dapat melihat cahaya matahari dengan jelas.
Inilah juga fatwa Ibnu Abidin, salah seorang ulama’ mazhab Hanafi:“Sesiapa yang tinggal di kawasan yang tinggi seperti menara Iskandariah, beliau tidak boleh berbuka selagi tidak tenggelam matahari di tempatnya, manakala bagi penduduk negeri tersebut boleh berbuka jika matahari telah tenggelam di tempat mereka. Begitulah juga halnya dengan terbit matahari bagi sahur dan solat Subuh.”
Bilakah malam Lailatul Qadr?
Dr. Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa tidak ada pendapat yang pasti di dalam menentukan bilakah malamlailatul qadr. Al-Hafiz Ibnu Hajar mengatakan bahawa terdapat 46 pendapat ulama’ di dalam masalah ini.
Apa yang pasti ia adalah pada 10 malam yang terakhir dari bulan Ramadhan. Pendapat yang kuat adalah ia pada salah satu dari malam-malam ganjil dan kemungkinan tidak sama di antara satu tahun ke satu tahun berikutnya.
Jika Ramadhan tahun itu 30 hari, maknanya 10 malam terakhir itu bermula dari malam ke 21. Jika Ramadhan tahun itu 29 hari, maknanya 10 malam terakhir itu bermula dari malam ke 20.
Bolehkah zakat fitrah dikeluarkan di awal bulan Ramadhan (bukan sebelum solat Aidil Fitri seperti yang diamalkan oleh sebahagian umat Islam)?
Dr. Yusof al-Qardhawi mentarjihkan pandangan Imam Syafie di dalam masalah ini. Imam Syafie berkata:“Harus dikeluarkan zakat bermula dari awal bulan Ramadhan kerana illah (sebab) kewajipan zakat adalah puasa dan berbuka.”
Dr. Yusof al-Qardhawi juga menambah bahawa masyarakat pada hari ini jauh lebih luas dan lebih rumit dari masyarakat di zaman Rasulullah s.aw. Ditambah pula jika zakat itu dikutip dan diagihkan oleh badan kerajaan atau mana-mana badan swasta, sudah tentulah ia memerlukan masa untuk menguruskan pengagihannya agar ia betul-betul dapat memenuhi keperluan si penerima zakat di hari Raya nanti.
Bolehkah wang menggantikan beras atau gandum di dalam zakat fitrah?
Imam Ahmad, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah tidak membenarkan beras atau gandum tersebut diganti dengan wang tunai. Dr. Yusof al-Qardhawi mentarjihkan pandangan Ibnu al-Munzir yang mengharuskannya.
Di antara hujah yang diberikan oleh Dr. Yusof al-Qardhawi:
·Rasulullah s.a.w. mewajibkan zakat fitrah dikeluarkan dalam bentuk tanaman kerana itu adalah yang termudah pada masa itu kerana wang pada zaman itu tidak banyak dimiliki oleh orang ramai.
·Wang akan berubah nilainya dari masa ke semasa sedangkan sukatan makanan lebih mudah untuk diukur.
Dengan itu Dr. Yusof al-Qardhawi merumuskan bahawa bentuk pengeluaran zakat yang palingafdhalbergantung kepada yang manakah yang mudah dan lebih memenuhi keperluan penerima zakat. Apa yang jelas adalah wang lebih memenuhi keperluan penerima zakat kerana kerana wang bukan sahaja dapat memenuhi keperluannya kepada makanan sahaja sebaliknya boleh digunakan untuk membeli pakaian, keperluan Ramadhan dan keperluan hari raya.
Sumber Asal: Sahabat Maya,ayat pada perenggan ke-2 pom drpd penulis ini.
SALAM PERJUANGAN...skang kn musim pekse dok...ana ada dptkn cket rahsia-rahsia pemakanan genius dr group yahoo...ada antaranya kita dh maklum...tp silakan rajin2 mata nk baca sekadar update pengetahuan...
Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka...Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab... Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri... Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum...
Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini... Ini didorong olehpenemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur... Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai " shifa '" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan
mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda:
"Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. S angat merbahaya! 2) KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN : i) Menghadap Kiblat ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii) Baca doa penerang hati iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkantenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Iaberkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM : i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w.
4) TELUR Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s..a.w:
"Sesungguhnya seorang Nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
7) BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."
8) DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
10) DAGING AYAM Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
11) DAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
12) HATI Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
13) KEKACANG Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
14) BUAH BADAM Untuk meningkatkan kecerdasan.
15) ZA'FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS ) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
16) KEMENYAN PUTIH ( kemenyan serani/luban/ kundar ) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.. 17) BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
18) BUNGA CENGKEH Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.
19) LABU Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
20) BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI ) Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
21) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori.
"Cukuplah Allah untuk (menolong kami), dan Dialah sebaik-baik pengurus (dan terserah kepadanya segala urusan kami)". (Surah Ali-Imran:173)
Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang dan nasyid kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fatih. Gema kemenangan mengisi ruang angkasa Costantinople seolah-olah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan.
Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka pagi itu terus luntur. Apakah tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki dan sejauh 160 kaki itu berjaya diruntuhkan oleh tentera Muhammad al-Fatih?.
Rupa-rupanya tentera Sultan Muhammad al-Fatih telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat!. Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Othmaniyah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosporus ke Tanjung Emas melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan!
Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fatih ini?. Beliau yang dimaksudkan ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiyah Othmaniyah, Beliaulah pembuka kota Constantinople yang ketika itu baru usia menjangkau 26 tahun. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka.. Sebaik-baik pemimpin adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”
Sultan Muhammad al-Fatih ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur dicatatkan dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, cukup gah sehingga dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah sepuluh tahun meninggal dunia.
Beliaulah pemerintah Islam yang pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat iaitu ‘Grand Seigneur’ yang bermaksud pemimpin agung.
Sultan Muhammad al-Fatih dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah di bawah penjagaan ayahnya Sultan Murad II. Bapanya juga merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan adalah seorang puteri raja berketurunan Nasrani. Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fatih telah diangkat menjadi pemimpin kerajaan Othmaniyah pada bulanFebruari 1451 pada usia beliau 22 tahun.
Dalam membentuk keperibadian anaknya menjadi seorang pemimpin yang cemerlang, ayahnya mengutamakan keseimbangan elemen fizikal, mental dan roh, ini kerana kekuatan Sultan Muhammad al-Fatih dilihat banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Ketika usianya kecil lagi beliau sudah diajar menunggang kuda, memanah dan menggunakan pedang. Elemen rohani turut mendapat perhatian dan dorongan penuh dari ayahnya.
Beliau telah di tarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani yang terkenal dengan gelaran Abu Hanifah di zamannya dan Muhammad bin Hamzah al-Dimasyqi al-Rumi. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fatih ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, feqah, linguistik (bahasa Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain seperti matematik, falak, sejarah, ilmu peperangan dan sebagainya.
Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah jika peribadi-peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fatih ini lahir menempa nama besar di persada sejarah dunia. Sultan Muhammad al-Fatih banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Costantinople, dan sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Beliau juga banyak mengkaji sejarah Islam tentang usaha-usaha yang pernah dibuat ke arah itu, ini kerana usaha pertama pernah disusun pada tahun 44 Hijrah, iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a., walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi yang menyertainya, syahid di medan perjuangan.
Pernah diriwayatkan bahawa setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fatih menawan Constantinople beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kubur Abu Ayyub al-Ansari untuk disempurnakan kemuliaannya sebagai seorang sahabat nabi. Berdasarkan sejarah beliaulah satu-satunya sahabat nabi yang syahid di benua Eropah. Setelah bertemu Sultan Muhammad al-Fatih meminta kuburnya digali dan jasadnya dipindahkan ke tempat yang lebih mulia. Apabila digali bahagian kakinya ditemui dahulu. Kemudian Sultan Muhammad al-Fatih memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari. Sehinggalah akhir sekali giliran beliau.
Peristiwa yang menakjubkan berlaku iaitu kaki yang mahu dicium itu tiba-tiba sahaja termasuk semula ke dalam tanah. Kejadian itu berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fatih bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Menjelaskan tujuan sebaliknya kejadian itu berlaku disebabkan penghormatan Abu Ayyub al-Ansari kepada Sultan Muhammad al-Fatih yang telah berjaya menawan Kota Constantinople.
Beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman dari sejarah peperangan Rasulullah s.a.w. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya.Sultan Muhammad al-Fatih mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran dan semangat tidak putus asa daripada ayahnya. Beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan.
Watak beliau di awal remajanya agak berbeza dengan remaja-remaja lain yang seusia dengannya. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz telah menulis dalam sebuah buku yang bertajuk ‘Sultan Muhammad al-Fatih’ menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fatih sebenarnya memiliki keyakinan diri yang kuat, pandangan yang jauh serta kepintaran yang tinggi, malah Sultan Muhammad al-Fatih mampu untuk menghadapi tekanan, keperitan dan bebanan yang dihadapinya.
Beliau seorang pemuda yang warak. Jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di Masjid disebabkan keinginannya sentiasa ingin hampir dengan Allah S.W.T Beliau digambarkan sebagai pemimpin yang mengutamakan urusan kenegaraan dan masyarakat mengatasi kepentingan pada diri.
Beliau sering mendampingi ulama-ulama dan negarawan. Kedudukannya sebagai sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Tidak hairanlah cara beliau mentadbir dan sistem pemerintahannya menjadi rujukan dunia sehingga ke hari ini. Kehidupan beliau juga digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi kepada pembaziran. Hidangan dan cara berpakaiannya juga tidak terikat dengan peraturan-peraturan Istana.
Yilmaz Oztuna di dalam bukunyaOsmanli Tarihimenceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, “Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”
Selain daripada kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah Sultan Muhammad al-Fatih juga berjasa dalam aspek pembangunan antaranya pembinaan Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque dan Masjid Eyyub. Di samping itu beliau berjaya memulihkan keamanan dan ketenteraman di kalangan golongan Janisari.
ALLAH tidak mengendahkan tiga golongan ini. Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya:
"Rasulullah SAW bersabda:" Ada tiga golongan di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka, tidak membersihkan mereka daripada dosa,"- kata Muawiyah, "juga tidak akan memandang mereka (mengendahkan mereka), bahkan mereka akan mendapat siksa yang pedih iaitu:
1) Orang tua penzina
2) Raja (penguasa) yang pembohong 3) si miskin yang sombong." (Muslim)
Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas. Mereka tidak tahu mensyukuri nikmat pemberian Allah dan ada pula yang tidak sabar dengan ujian yang ditimpakan oleh Allah SWT.
Nikmat kepanjangan usia contohnya, membuatkan manusia hidup bersenang-lenang melakukan berbagai maksiat tanpa berusaha menambahkan amal kebaikan selama tempoh hayatnya yang panjang itu. Bahkan tanpa segan silu masih bergelumang dengan dosa perzinaan.
Begitu juga dengan pemimpin yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjalankan pemerintahan, tetapi dia mensia-siakan kepercayaan itu dengan melakukan berbagai penipuan dan pembohongan yang mengecewakan harapan rakyat.
Termasuklah di sini, orang-orang miskin yang sombong yang juga dibenci oleh Allah di mana kemiskinan itu telah membuatkan dia lupa dengan akhirat, lupa dengan Allah, lupa dengan tujuan hidupnya dan lupa untuk beramal dan selalu disibukkan oleh usahanya mencari makan dan minum untuk menyambung hayatnya.
Bahkan kerana miskin juga ada yang berlagak sombong dan menyisihkan diri daripada orang ramai tanpa mahu bergaul. Kerana kemiskinan juga banyak orang miskin yang terjerumus dalam kekafiran, dan ia rela menjual agamanya kerana tuntutan hidupnya sementara ia dijanjikan hidup yang baik dalam agama lain. Tiga golongan ini tidak akan dipedulikan oleh Allah dan bakal menerima azab di hari akhirat kelak.
Name: shariffazhari Home: MU'TAH, KARAK, Jordan About Me: siapakah kawe>..kawe hamba Allah...sudah semestinya...
asal> kelate...adik-beradik>13 kawe yg ke-12.. tempat blaja>.Pasti Kg Pkl Chuit(1991-1992), Sek Keb Pangkal Jenereh SKPJ(1993-1998), SMU(A)Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong(1999-2004), Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA T'ganu(2005-2008), Universiti Mu'tah, Jordan(2009-skang la).. See my complete profile